|
|
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM100 juta oleh Presiden Kelab Pemilik Ferrari, Datuk Azizi Yom Ahmad ditetapkan untuk perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam pada 5 April depan.
Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Syarie Mohd. Radzi Abd. Latif selepas selesai mendengar permohonan Datin Laili Hazimah Mohd. Ali untuk mengenepikan perintah injunksi sebelah pihak suaminya (Azizi) yang menahan harta tersebut.
Laili Hazimah, 53, sebelum ini memohon supaya perintah injunksi itu diketepikan kerana ia melibatkan harta sepencarian yang diletakkan atas namanya.
Dalam penghakiman semalam, Mohd. Radzi mengekalkan perintah injunksi yang diperoleh Azizi sebelum itu berhubung menyekat pengeluaran harta sepencarian antaranya membabitkan peti deposit tunai bernilai lebih RM30 juta di dalam bank CIMB dan wang tunai RM5 juta di dalam Lembaga Tabung Haji.
Bagaimanapun, injunksi tersebut tidak membabitkan wang di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) bernilai RM709,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: