![]() |
| |
KIELH'S kini memperkenalkan teknologi terkininya dalam penjagaan mata, iaitu Dermatologist Solutions Ultimate White Darkness Diminishing Activated Eye Treatment.
Mengandungi pati tulen Vitamin C dan ekstrak buah plum, rawatan pemutihan ini bertujuan mengurangkan tanda pigmentasi dan tompok hitam akibat cahaya matahari agar kulit di bawah mata menjadi lebih cerah dan halus.
Diformulasi dengan bahan pemutihan aktif, bahan rawatan mata ini juga membekalkan pemutihan segera dan membantu menyama rata warna kulit di sekitar mata.
Akan berada di kaunter pada bulan Mac ini, Dermatologist Solutions Ultimate White Darkness Diminishing Activated Eye Treatment diuji oleh pakar dermatologi dan ophtalmologi bagi membuktikan ia selamat dan lembut untuk digunakan di sekitar mata.
Sesuai digunakan bagi mata yang sensitif dan pemakai kanta lekap, ia dicipta khusus bagi kegunaan kulit orang Asia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: