Thursday, February 25, 2010

Cinta pertama Yuri dan Sunny


SUNNY


DUA anggota kumpulan popular, SNSD, Yuri dan Sunny baru-baru ini mendedahkan kisah cinta pertama mereka dalam sebuah program televisyen tempatan yang membuat banyak lelaki cemburu dengan bekas pasangan dua anggota kumpulan tersebut.

Yuri mendedahkan, dia melalui kisah cinta pertamanya selepas jatuh cinta dengan salah seorang rakan abangnya dalam episod program Kuiz MBC.

"Dia merupakan teman baik abang saya yang menjadi kegilaan banyak pelajar perempuan di sekolah. Dia merupakan lelaki legenda," katanya yang turut mengakui masih berhubungan dengan lelaki tersebut hingga kini, malah mengatakan dia masih kacak.


YURI

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: