Sunday, February 28, 2010

Rebut jenazah

KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.

BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.
BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.
Difahamkan, keluarga terbabit mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kepada suspek dan merekalah bertanggungjawab untuk menguruskan pengebumian mangsa.


Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.


Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.


Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.

Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.


Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.


“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.


“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.


Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu.

3 comments:

  1. kalau aku pun taknak kuarga org yang bunuh family aku datang!!!!

    ReplyDelete
  2. SOLAT 5 WAKTU JANGAN TINGGAL...DITUJUKAN KEPADA MAK BUDAK TU.....PARENTS KEDUA2BELAH PIHAK....DAN ORANG YANG TENGOK JE KEJADIAN BUDAK TU KENE PIJAK....YA ALLAH , SEMOGA KAU CUCURI RAHMAT KEATAS BUDAK YANG TAK BERSALAH NI..SEDEKAHKAN FATIHAH KEPADA SYAFIA.

    ReplyDelete
  3. pelik citer ni..mcmana lak leh rebut2?sapa bapak anak kecil..mybe xlama lagi akan terbongkar cerita yang tersirat dalam tersurat..pasti ader keaiban tersembunyi..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: