|
|
DISEBABKAN banyak perkara negatif yang terjadi di kebanyakan laman sosial telah mendorong aktres Ira Wibowo mengambil langkah menasihatkan anak-anaknya supaya berwaspada ketika melayari mana-mana laman sosial.
Kata Ira, demi menjaga keselamatan anak-anaknya itu, dia mengambil keputusan melarang anak-anak menambah rakan mereka sesuka hati di laman Facebook.
"Kebetulan di rumah,komputer dan Internet hanya terdapat di bilik saya. Jadi agak mudah untuk saya mengawal anak-anak.
"Sebenarnya sebelum ini juga saya telah menasihatkan kepada mereka (anak-anak) supaya sentiasa berwaspada ketika melayari laman itu," kata Ira.
Tambahnya lagi, anak-anaknya juga disuruh supaya tidak menerima rakan yang tidak dikenali.
"Saya juga sering beritahu anak-anak, Internet itu boleh jadi kawan dan kadang-kadang boleh jadi musuh," tambahnya.
Jelas Ira lagi, dia mempunyai cara untuk menggunakan Fecebook secara selamat.
"Buat apa kita memuat turun benda-benda yang boleh membahayakan kita. Status juga tidak perlu dikemaskini kerana orang akan tahu kegiatan kita," jelas isteri kepada Katon Bagaskara itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: