Mungkin apabila Proton mengeluarkan Proton MPV 1.6l, ramai yang berasa risau takut-takut underpower. Kalau di negara-negara Eropah juga pun mengeluarkan 1.6l, tiada masalah. Nampaknya sekarang ini, Proton sudah bersedia untuk mengeluarkan versi turbo iaitu Proton Exora Prime dengan menggunakan CC yang rendah (kurang daripada 1.6 untuk kereta pelbagai guna (MPV), bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sejajar dengan global industri automatif .
Turbo adalah sesuatu normal apabila melihatkan kepada kereta-kereta yang ada terutamanya di Eropah. Mereka pakai turbo bukan sahaja untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) tetapi juga untuk kereta kecil yang lain. Itu belum masuk lagi lori, trak, bus yang menggunakan turbo.
Penggunaan kuasa turbo adalah untuk mereka-mereka yang memerlukan extra torque dan kuasa yang mencukup untuk membawa bebanan muatan.
Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.
“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan. “Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya.
Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.
Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit. Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: