|
|
HAMPIR 30 tahun bergelumang dalam industri muzik, nama Juliza Adzlizan Abd. Rafar jarang sekali dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi negatif.
Namun, gara-gara penyalahgunaan laman sosial Facebook oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab, Juliza, 44, menjadi mangsa kritikan hanya kerana satu perkataan yang agak memalukan bagi masyarakat tempatan.
Pada bahagian informasi 'interest' (kegemaran) di akaun Facebook itu, 'Juliza' meletakkan seks selain memasak, menyanyi, menari, membeli-belah dan menonton wayang.
Isu tersebut menjadi topik perbualan ramai. Malah, juara Bintang RTM 1983 itu seperti dimanipulasikan apabila akaunnya tersebar di beberapa laman web dengan meletakkan iklan ubat seks di bahagian atasnya.
Enggan melatah, guru vokal sekolah , Singing Factory miliknya sendiri itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya bahawa akaun Facebook itu bukan miliknya.
Ramai yang terkejut dengan informasi 'suka seks' di akaun Facebook anda. Apa komen anda mengenai hal ini?
Saya dianiaya. Akaun Facebook itu bukan milik saya sebaliknya orang lain. Saya mempunyai akaun saya sendiri. Saya takut ada orang cuba mengenakan saya memandangkan beberapa bulan yang lalu, ada orang yang menceroboh masuk ke akaun saya dan saya tak boleh membuka akaun tersebut selama sebulan. Saya rasa ada orang yang dengki dengan saya dan melakukan sesuatu ke atas akaun saya.
Anda seorang wanita yang terbuka tentang seks?
Saya tidak ada masalah dengan hal itu. Bagi saya, masyarakat perlu tahu mengenainya. Walaupun saya seorang yang terbuka, saya tak akan menulis berkaitan seks secara terbuka dalam Facebook.
Disebabkan isu itu, ramai yang memanipulasikan keterbukaan anda terhadap isu ini. Boleh komen?
Saya tak kisah. Memang ramai bloggers yang tak suka kita bersih daripada kontroversi. Oleh itu mereka cuba mereka sesuatu untuk menaikkan nama laman web masing-masing. Bagi saya, mereka yang membuat akaun palsu saya adalah pendengki.
Anda takut berdepan dengan masyarakat selepas isu ini diperbesarkan?
Pedulikanlah apa mereka nak cakap. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Janji, suami dan keluarga saya tahu apa yang saya buat. Suami saya juga kerap memantau Facebook saya, dan jika ada yang tak kena, dia akan cakap. Jadi saya tak kisah.
Adakah anda mangsa Facebook?
Ya. Mungkin orang dah lama memantau akaun saya, lalu mereka cuba memburukkan diri saya dengan meletakkan satu perkataan itu sahaja. Kalau benarlah saya sukakan seperti yang ditulis, takkan saya nak letak dan membiarkannya menjadi tontonan umum.
Iyo lah tue................ urmmmm
ReplyDelete