Wednesday, February 24, 2010

Li-Lo akui tagih dadah, alkohol

LONDON: Bintang liar Hollywood, Lindsay Lohan semalam mengaku hampir maut selepas mengambil campuran alkohol, kokain dan pelbagai jenis dadah lain.

LINDAY (kiri) bersama bekas kekasih lesbiannya, Samantha Ronson.
LINDAY (kiri) bersama bekas kekasih lesbiannya, Samantha Ronson.
BERSAMA bapanya, Michael.
BERSAMA bapanya, Michael.
Dia juga mendakwa pernah pengsan di kamar mandi selepas memakan terlalu banyak pil tidur.


Aktres biseksual itu yang sudah tiga kali keluar masuk pusat pemulihan dan pernah dipenjara selepas ditangkap kerana memiliki kokain, selama ini merahsiakan kegiatan dadahnya.


Bagaimanapun, semalam, aktres berusia 23 tahun itu yang terkenal menerusi filem Herbie Fully Loaded dan Mean Girls, menceritakan segala pengalaman pahit yang hampir musnahkan kariernya.


Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The Sun, dia mendedahkan bagaimana masalahnya menjadi semakin teruk apabila bapanya, Michael, bekas penagih dadah dan juga banduan, mula bercakap kepada media mengenainya pada 2007.


Lindsay atau lebih dikenali Li-Lo berkata: “Apabila bapa saya mula bercakap kepada media, ketika itu keadaan saya mula bertambah teruk.

“Saya cuba menangani masalah saya dengan minum arak dan mengambil kokain,” katanya.


“Tetapi, kini, keadaan sudah berubah. Saya tidak lagi memerlukan semua itu dan saya dapat merasakan emosi kerana saya memilihnya.


“Saya belajar daripada kesilapan dan kini saya semakin sihat dan bahagia. Saya tidak mahu kehilangan segala-galanya yang telah saya usahakan.


“Dadah begitu bahaya dan jika saya boleh mendidik orang lain, khususnya golongan remaja dengan berkongsi pengalaman, saya akan lakukannya.


“Saya melakukan kesilapan tetapi belajar daripadanya. Mungkin itu yang menyelamatkan saya,” katanya.


Dia kini menjalani rawatan terapi setiap dua minggu sekali dan menghadiri kelas pemulihan ketagihan arak setiap minggu.


Bercakap kali pertama mengenai penangkapannya kerana kokain pada Mei 2007, aktres itu mengaku: “Dadah itu berada dalam dompet saya dan ada beberapa rakan bersama saya ketika itu.


“Saya mengaku kepada polis mengenai dadah itu kerana tidak mahu berbohong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: