Saturday, February 27, 2010

Sindiket Taici dan Tobix tumpas

KUALA LUMPUR - Tembelang satu sindiket bergelar Awang Hitam Taici dan Tobix yang giat memperdaya mangsa melalui e-mel sejak dua tahun lalu terbongkar apabila tujuh anggota sindiket itu ditahan termasuk empat lelaki Afrika baru-baru ini.

Mereka ditahan secara berperingkat selama sembilan jam bermula pukul 12 tengah hari Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada seorang pemandu teksi berusia 55 tahun yang ditipu sebanyak RM8,000.

Empat lelaki Afrika dari Nigeria dan Gambia itu merupakan pelajar jurusan Bahasa dan Akaun di sebuah kolej swasta di sini manakala tiga rakannya merupakan dua lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan di antara 30 dan 40-an.

Menurut laporan pemandu teksi berkenaan, penipuan itu berlaku apabila dia menerima e-mel daripada seorang wanita kacukan Melayu-British dikenali sebagai Nurul, 45, mengatakan hasratnya ingin datang ke sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: