|
|
PENINGKATAN usia amat ditakuti oleh setiap orang tidak kira wanita atau lelaki. Perubahan yang paling ketara dapat dilihat ialah pada muka.
Garis-garis halus mula dapat dilihat pada sekitar mata, dahi dan tepi bibir. Kantung pada bawah mata juga sudah kelihatan semakin berat menjadikan sekitar mata nampak bengkak. Kulit muka juga sudah mulai kusam dan kasar menjadikan wajah nampak tidak berseri dan letih.
Justeru itu, sesuatu harus dilakukan bagi mengembalikan keremajaan kulit muka.
Pelbagai cara dan kaedah dicipta bagi memenuhi keinginan wanita yang mementingkan kecantikan kulit muka.
Terbaru rawatan muka serbuk emas 24 karat amat sesuai bagi wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Golongan wanita seperti ini sudah mula mengalami perubahan kulit muka seperti kendur, kedut, kulit kasar dan kusam.
Bagaimanapun, wanita yang berumur kurang 30 tahun juga boleh melakukan rawatan muka serbuk emas ini kerana hasilnya akan lebih ketara dan kulit menjadi semakin cantik.
Pemilik E'Unique Beauty House, Effa Hamzah berkata, rawatan muka emas 24 karat dapat mencerah, menegang, menganjal dan kulit awet muda.
Teknik rawatan:
1. Titik susu pembersih pada dagu, kedua pipi, hidung dan dahi. Gosok rata selama lima minit bagi menghilangkan kotoran. Muka dibersihkan menggunakan span basah.
2. Setelah itu pembersih serbuk emas diurut rata pada muka bagi membersihkan sisa kotoran yang masih tertinggal. Skrub pula disapu pada seluruh muka.
3. Muka diwap panas dan sejuk bagi memudahkan mengeluarkan noda hitam dan putih. Kemudian alat khas yang mempunyai tujuh poin digunakan selama 15 minit bertujuan menegang, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kedut di dahi dan mata.
4. Muka diurut secara manual menggunakan teknik yang betul bagi lebih melancarkan peredaran darah.
5. Masker emas berwarna kuning emas disapu rata pada muka dan dibiarkan kering selama satu jam bertujuan menegang, mencerah dan menjadikan kulit halus berseri.
6. Krim serbuk emas disapu pada muka supaya kulit muka nampak lembap.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: