AMPANG – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memalsukan permit perjalanan dan kad pekerja warga Indonesia terbesar berikutan penahanan seorang lelaki cacat yang menjadi dalang kepada sindiket tersebut di Ampang Jaya malam kelmarin.
Aktiviti pemalsuan tersebut yang beroperasi sejak setahun lalu dipercayai telah mengeluarkan lebih 1,500 pasport palsu termasuk kad pekerja.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, polis telah melakukan pengintipan selama empat jam sebelum bertindak menyerbu rumah kedai tiga tingkat di Blok A, Jalan Ampang Mewah 4 itu.
Menurut beliau, serbuan yang diketuai Cif Inspektor Zaharuddin Baharom itu berjaya menahan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia dalam lingkungan 40-an yang kudung tangan kirinya ketika dia sedang leka memalsukan dokumen terbabit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: