Wednesday, February 24, 2010

Hobi pelik hingga rumah bau hancing

KUALA LUMPUR: Misteri bau hancing yang dihidu jiran sejak empat tahun lalu membongkar rahsia seorang wanita warga emas yang suka ‘menyimpan’ air kencing dalam baldi tanpa diketahui puncanya di kawasan Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.

Berikutan tidak tahan dengan hobi pelik jirannya itu, seorang wanita membuat satu laporan polis selepas diberitahu pembantu rumah mengenai bau hancing berkenaan.


Menurut sumber, sebelum itu, mangsa dan pembantu rumahnya menjenguk di sebalik lapisan zink yang memisahkan dapur rumahnya dengan dapur jiran warga emas terbabit bagi menyiasat punca bau hancing itu.


Mereka terkejut apabila mendapati beberapa baldi air disimpan warga emas terbabit.


“Mereka hairan melihat air yang disimpan itu dan mula mengesyaki jiran terbabit menyimpan air kencing kerana bau hancing terlalu kuat.


“Malah, warna air yang disimpan wanita warga emas terbabit juga agak kekuningan serta keruh dan ini menambahkan lagi rasa sangsi mereka,” katanya.

Menurutnya, sejak empat tahun lalu beberapa penduduk di kawasan kejiranan terbabit turut menghidu bau hancing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: