Saturday, February 27, 2010

Buaya patah gigi lawan dua lelaki


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.


DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.

Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.

Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: