PELAWAK terkenal Amerika Syarikat, Joan Rivers mengecam perangai Victoria Beckham dengan mengatakan dia seorang yang menjijikkan serta biadap dan berharap dia kembali ke negara asalnya di Britain.
"Victoria Beckham memang seorang yang menjijikkan. Kenapa dia tidak mahu pulang ke negaranya? Saya tidak kisah dengan pakaiannya yang cantik itu. Dia seperti mahu menunjuk-nunjuk kepada orang sekelilingnya.
"Dia hanya seorang diva sementara. Kami semua menggunakan khidmat pendandan rambut, juru mekap, pemandu Limo yang sama dan berada di lapangan terbang yang hebat di Los Angeles dan tiada sesiapa pun bercakap perkara baik terhadapnya.
Pelawak wanita yang berumur 76 itu juga turut mengecam tabiat Victoria mengenai perbelanjaannya yang terlalu boros walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
"Victoria mempunyai kehidupannya yang tersendiri. Saya bukan seorang yang suka membuat perkara yang luar biasa. Tidak perlu menunjuk-nunjuk jika mempunyai 100 buah beg tangan jenama Hermes yang berharga 6000 pounds (RM31 498).
Setiap orang juga mempunyai masa tertentu yang mengagumkan, tetapi caranya seperti merujuk kepada perbezaan kelas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: