SHAKIRA telah berjumpa dengan presiden Barack Obama untuk membincangkan mengenai kempen amal terhadap kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hips Don't Lie ini merupakan duta kepada UNICEF yang menjalankan kebajikannya sendiri di The Barefoot Foundation, bagi menolong kanak-kanak miskin dalam bidang pendidikan.
Dia yang ke White House pada hari Isnin lepas adalah untuk berbincang dengan Obama mengenai pelaburan untuk rancangannya itu.
"Ia adalah sesuatu yang istimewa buat saya kerana dapat berjumpa dengan presiden di dalam pejabatnya untuk berkongsi komitmen terhadap pendidikan kanak-kanak. Kami telah mencapai persetujuan untuk merancang strategi untuk membasmikan kemiskinan dan menggalakan keselamatan dan keamanan dunia.
"Kami akan bekerjasama dengan presiden dan kakitangannya bagi melaksanakan wawasannya itu untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat, dan seluruh dunia," kata Shakira.
Pada Disember 2009, Shakira turut bercakap perkara yang sama dengan pihak Universiti Oxford.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: