Saturday, February 27, 2010

Anak mati didera kekasih ibu


SYAFIA


KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.

Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.

17 comments:

  1. penduduk kampung yg melihat kejadian budak tersebut dibelasah mmg penakut...tk nk halang....kalau tk adik syafia masih hidup lg.....

    ReplyDelete
  2. salah mak dia juga.......gatal sgt....ntah anak sapa dok mengandung....dgr kata suaminya berada dipenjara...tentu anak bersama laki yg dera adik syafia

    ReplyDelete
  3. Bila tenguk wajah arwah tu memang cute macam tu rasa sayang kita bertambah2 bukan dipukul2 macam tu tapi ada juga orang (bukan orang kot?!!) yang tak ada perasaan dan sanggup melakukan begitu..binatang pon tak sanggup buat begitu..sahlah dia bukan orang!

    ReplyDelete
  4. dah sah2 mamat yg dera syafia ni memang mental tp orang2 kampung yg tau kenapa tak bertindak. memang jantan tu confirm bersalah tp aku lebih salahkan orang kampung dan penduduk di situ krna tak prihatai langsung dgn keadaan sekeliling. ada ramai orang di situ waktu kejadian tp boleh tengok je. pastu keluar kt TV brcerita. piiiiirahhh. si ibu ni pun eeeeiiii....geramnya aku. nak je aku cincang mamat tu!!!

    ReplyDelete
  5. AKU NAK PENJELASAN KENAPE NAK KENE BELA MAK BUDAK NI?AKU TAK PAHAM?KENAPE MEDIA NAK TUTUP MUKE BINATANG TU MASE DALAM BERITA?TOTLONG BAGI PENJELASAN???!!!!!

    ReplyDelete
  6. weh kenape takde org bagi penjelasan yang orang kat atas ni mintak????!!!!!sape yang buat blog ni tolong selidik????!!!!

    ReplyDelete
  7. kenapalah manusia sekarang lebih kejam daripada binatang. inilah yang dikata tak beriman. perempuanpun kalau nak cari laki janganlah asal dapat je.

    ReplyDelete
  8. Insyaallah,lelaki dan orang-orang yang sama2 bt keja nie akan terima balasan daripada Allah..walaupun bukan hari ini, tapi saya percaya Allah itu Maha Adil.Mungkin jalan terbaik untuknya disisi illahi.Kalau dia ada kat dunia nie pun dia akan menanggung malu yang teramat.Betul tak pendapat saya?

    ReplyDelete
  9. pada aku mak dia yang bersalah..apasal shahrizat jalil beria-ria nak mempertahankan mak dia ni?

    ReplyDelete
  10. akhir zaman.................Pemerintah tolong lakukan sesuatu........jika negara kita negara islam..........kes kartika pun punyalah susah nak selesai.....1 malaysia katakan

    ReplyDelete
  11. orang kampung bodoh. pakat tengok jer... mak dia plak... masya allah. aku sedih sangat sangat. pemimpin kita tak kan dok diam jer

    ReplyDelete
  12. salam
    seorg hamba ALLAH yang lemah, sy x blh lari dr mengutuk perkara ini,
    YA ALLAH KAU TEMPAT KAN LAH ADIK SAFIAH DI SYURGA MU YG TERINDAH
    ALLAH SJ FAHAM MCM MANE SEDIHNYA AKU TGK GMBR NI

    ReplyDelete
  13. mengapalah maksiat dibiarkan berleluasa., orang kampung Jiran, Emak bapak siibu takkan biarkan saja.Sudahnya anak keciljadi mangsa. mungkin ada hikmahnya mengapa peristiwa ini berlaku, jika tidak mungkin berterusan siibu dan temannya itu dikuatiri ......... wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. kenapa jiran2 tak buat aduan tentang perbuatan khalwat pasangan jahanam ini! mak dia patut disalahkan...bukan dipertahankan atau dikasihani! pada saya polis perlu siasat mak dia juga..mungkin terlibat!

    ReplyDelete
  15. kutuk mengutuk tiada guna nye lagi....dah pergi biarla berlalu...pandang ke hadapan.....si pesalah harus dihukum dengan adil nya..walau pun waras atau tidak waras orgnye...

    ReplyDelete
  16. jangan biarkan perkara yang lepas berlalu begitu aje..kena ambil iktibar dari kejadian dan hukum dan kritik mereka-mereka yang terlibat... mak budak tu, jiran2 dan ibu-bapa perempuan tersebut!

    ReplyDelete
  17. Yang pasti mak dia pun terbabit dera budak tu jugak....apasal polis lepaskan mak dia?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: