Thursday, February 25, 2010

Cole salahkan ibu mentua

LONDON: Ashley Cole menyalahkan ibu mentuanya sebagai pihak bertanggungjawab memusnahkan rumah tangga yang dibina sejak tiga setengah tahun lalu.

JADI PUNCA...Cheryl (kiri) bersama ibunya, Joan.
JADI PUNCA...Cheryl (kiri) bersama ibunya, Joan.
Pemain pertahanan kelab bola sepak Chelsea dan England itu berkata, hubungannya bermasalah apabila ibu Cheryl, Joan Callaghan, 49, berpindah ke rumah mereka di Surrey, pada 2008.


Ketika Cole, 29, dan Cheryl, 26, di ambang perceraian, akhbar tabloid melaporkan, pemain bola sepak itu menyatakan kemarahannya kepada rakan karibnya.


“Selepas Joan berpindah, bagaimana saya dan Cheryl berpeluang memulihkan keadaan?” katanya.


Selepas lebih seminggu kecurangan Cole didedahkan, Cheryl akhirnya mengumumkan hubungan mereka benar benar berakhir, semalam.


Pengesahan itu dibuat selepas dia menghabiskan masa seminggu di Los Angeles.

Ketika di Los Angeles, Cheryl turut mendapatkan pandangan beberapa rakan karibnya, termasuk Simon Cowell dan penari kacak, Derek Hough.


Situasi itu meletakkan Cole dan Cheryl berdepan dengan pertikaian membabitkan pembahagian harta bernilai RM115.7 juta.


Pada masa sama, anggota kumpulan Girls Aloud dan juri rancangan X Factor itu sedang mencari rumah baru bernilai RM11 juta di Hollywood.


Di pihak Cole pula, dia didakwa sedaya upaya memujuk Cheryl supaya menukar fikiran.


Sumber berkata, Cole menghubungi isterinya hampir setiap 10 minit sekali dan merayu supaya dia dimaafkan.


Bagaimanapun, kata sumber itu, Cheryl berkeras hati kerana Cole banyak kali menipunya.


Cole juga mengingatkan Cheryl bahawa tidak mudah untuk selebriti menuntut sebahagian daripada harta kekayaannya.


“Cole kini tertekan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: