KUALA LUMPUR - Pelakon Maya Karin, 31, mengaku rumahtangganya yang dibina bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, kini dilanda krisis.
Malah Maya sudah bersedia untuk menjanda jika usaha mereka mengatasi masalah itu tidak berjaya.
"Ya, saya dan suami sedang berhadapan dengan krisis rumah tangga. Tetapi kami berdua sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan ini
"Tetapi saya bersedia dengan kemungkinan itu (bercerai) jika itu jalan terbaik buat kami,'' katanya dalam pertemuan dengan beberapa orang wartawan hiburan di sini semalam.
Pertemuan itu diadakan ekoran laporan Kosmo! pada Isnin lalu mengenai khabar angin beliau dan suaminya telah berpisah tetapi Maya pada waktu itu telah menafikannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: