Saturday, February 27, 2010

Penonton biadab, PBSI didenda


GELAGAT para penonton Indonesia (atas) yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika ia berkumandang di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta Isnin lalu. Perbuatan biadab mereka itu telah mengakibatkan PBSI didenda oleh AFC.


JAKARTA - Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PBSI) menerima padah.

Semuanya gara-gara sikap penonton negara itu yang tidak menghormati Negaraku ketika lagu kebangsaan Malaysia itu berkumandang sebelum bermulanya perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam pada pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Futsal Asia 2010 Isnin lalu.

Akibatnya, PBSI didenda AS$5,000 (RM17,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tindakan itu diambil oleh AFC setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana ia telah mencemarkan maruah sebuah negara.

2 comments:

  1. Kepada orang2 Malaysia yang sebok mempromote & membangga-banggakan filem, drama dan artis indonesia, mungkin korang happy baca cerita ni kan. Aku paling meluat & menyampah bila ada blog2 tempatan yg promote kan filem negara seberang yang sekor ni. Diorang haram tak bagi can kat industri kita buat apa nak tolong diorang? Ada otak?

    ReplyDelete
  2. memang...kat indonesia sekarang ada kebencian mendalam sangat terhadap orang malaysia...atau apa2 malaysia...terbaru kerajaan dia dah buat undang2 mana-mana lelaki malaysia nak kahwin pompuan indon kena bagi rm150,000 kat kerajaan indon!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: