Thursday, February 25, 2010

Pak Tam ketua sindiket diburu


JONGKONG-JONGKONG timah bernilai RM1.3 juta yang dirampas dari sebuah treler di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu.


JOHOR BAHRU - Polis memburu ketua penjenayah dikenali sebagai Pak Tam selepas berjaya menumpaskan sindiket mencuri jongkong timah bernilai RM1.3 juta di Pelabuhan Pasir Gudang di sini malam Sabtu lalu.

Pak Tam, 33, yang beralamat terakhir di Taman Rinting, Masai di sini dipercayai masih bersembunyi di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis sebelum itu memeriksa sebuah treler dan menahan pemandunya di Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 7 malam Sabtu lalu selepas kenderaan itu dilihat mencurigakan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu ditemui sebanyak 850 jongkong timah yang bernilai kira-kira RM1.3 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: