|
|
MEMILIKI sepasang tangan yang halus, licin dan lembut bagaikan bayi pastinya menjadi idaman setiap wanita.Ini kerana tekstur tangan selain memainkan peranan penting ia turut melambangkan keperibadian seseorang itu.Misalnya apabila bersalaman dengan sesiapa sahaja, pastinya kelembutan tangan dapat dirasai.
Selain mengamalkan mencuci tangan dengan air suam untuk membuka liang roma bagi menghilangkan kotoran di permukaan dan bawah kulit, produk-produk terkini yang berada di pasaran juga dilihat mampu menjaga dan memberikan kelembapan sepanjang masa.Antara produk-produk yang mampu menjadikan tangan anda sebagai satu aset yang berharga ialah Crabtree & Evelyn.
Himpunan Crabtree & Evelyn yang terkenal dirumus dan dihasilkan daripada kajian yang dijalankan ke atas ekstrak bunga-bungaan segar seperti lili, mawar dan daun lidah buaya, keharuman produk yang dihasilkan benar-benar memikat.
Menariknya, sejak Crabtree & Evelyn diasaskan, pembangunan produk baru sentiasa ditingkatkan melalui kajian yang mementingkan kualiti dan kesinambungan penampilan lebih dinamik dan elegan.
Menampilkan wangian hebat, barangan kelengkapan bilik mandi dan aksesori dengan aroma yang memikat, himpunan Crabtree & Evelyn pastinya menggamit wanita untuk mencubanya.
Himpunan ini juga dilihat serasi dengan selera wanita yang mendambakan belaian halus bak mutiara, tekstur produk cepat meresap dan menyerlah dengan kulit mulus, lembut dan gebu.
Baru-baru ini bertempat di Royal Suite, Hotel Nikko, Kuala Lumpur, Crabtree & Evelyn telah melancarkan beberapa himpunan produk baru untuk tangan.
Kelima-lima produk terbaru tersebut yang berasaskan limau dan madu ialah New Citron Honey & Coriander Scrub Cleanser, Creamy Cleanser, Hand Therapy, Hand Recovery dan Hand Remedy.
Menurut Ketua Jenama Guardian, Datuk Sandra Lee, rawatan asas penjagaan tangan jenama tersebut kaya dengan bahan semula jadi seperti penggunaan limau dan madu.
Kedua-dua bahan tersebut bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah ia juga boleh mengurangkan tanda penuaan selain melindungi kulit kering.
''Kelima-lima produk baru keluaran Crabtree & Evelyn kali ini merupakan produk yang berbeza di mana ia boleh didapati pada krim pembersih, penyental, pelembap dan untuk penyembuhan.
''Kali ini ia diberi sentuhan limau dan madu kerana kedua-dua bahan ini merupakan bahan yang aktif untuk mengurang serta melambatkan penuaan.
''Pemilihan limau dan madu juga adalah kerana boleh dikatakan kebanyakkan wanita gemar akan bau limau,'' ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran tersebut.
Dalam pada itu, pelakon terkenal, Maria Farida yang turut berada pada majlis pelancaran tersebut merupakan pengguna setia produk tersebut.
Telah menggunakannya lebih dari10 tahun, Maria Farida yang sebelum ini menyukai haruman lavender kini turut memuji akan keharuman terbaru iaitu Citron.
''Pada saya, Crabtree & Evelyn merupakan satu produk yang bagus kerana selain melembutkan kulit, ia tahan sepanjang hari.
''Jika sebelum ini haruman lavender memenuhi rumah saya dengan produk untuk badan dan haruman rumah, tetapi tidak mustahil kini saya akan beralih kepada bauan Citron.
''Apa pun sebenarnya kita kaum Hawa perlu menjaga penampilan diri tambahan pula saya merupakan seorang pelakon serta kulit saya boleh dikategorikan dalam kulit kering. Yang pasti segal produk kecantikan ini mampu mengembalikan kelembutan serta kelembapan kepada kulit saya,'' ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: