KUALA LUMPUR - "Kami kerja dapat gaji hari, tidak mampu sewa rumah, sebab itu tinggal di masjid."
|
|
Demikian alasan yang diberikan beberapa orang lelaki yang menjadikan Masjid Negara di sini sebagai tempat mereka bermalam setiap hari kerana terpaksa berjimat seberapa yang boleh untuk meneruskan kehidupan.
|
|
Menurut mereka, dengan gaji yang tidak seberapa, susah untuk mencari rumah sewa kerana gaji yang diterima pula cukup sekadar untuk makan sehingga terpaksa mencari apa jua lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berteduh.
|
|
Zainuddin Ismail, 45, yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan berkata, dia terpaksa menjadikan Masjid Negara dan Masjid Asy-Syakirin di KLCC sebagai tempat tinggal kerana tidak mampu lagi untuk menyewa rumah sejak empat tahun lalu.
"Saya bukan pengemis cuma nasib tidak berapa baik. Saya telah melakukan pelbagai pekerjaan.
"Selepas tak ada kerja beberapa tahun lalu, saya tidak dapat bayar sewa rumah dan terpaksa tinggal di masjid untuk meneruskan kehidupan," ceritanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: