Saturday, February 20, 2010

Jutawan tak mampu bayar wang jamin


GAMBAR menunjukkan Ray dibawa keluar dari sebuah penjara di Camp Verde, Arizona pada 4 Februari lalu.


FLAGSTAFF, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang membina empayar motivasi bernilai berjuta-juta dolar yang mengajar orang ramai cara untuk mencipta kekayaan mengaku dia tidak dapat membayar wang jaminan pembebasannya dalam satu kes pembunuhan.

Menurut agensi berita AP semalam, lelaki itu, James Arthur Ray dikenakan wang jaminan sebanyak AS$5 juta (RM17.07 juta) iaitu jumlah yang dianggap oleh peguam belanya sebagai keterlaluan.

Ray dituduh membunuh tiga orang pada satu majlis anjurannya dengan menempatkan kira-kira 50 orang pada satu lokasi sempit sehingga ada antara mereka muntah dan tidak sedarkan diri kerana haba panas.

"Ray bukannya lelaki yang mempunyai banyak aset penting dan pastinya bukannya bernilai berjuta-juta seperti dilaporkan media," kata seorang peguam belanya dalam dokumen mahkamah.

Sebelum ini, lelaki itu dianggap sebagai seorang yang memiliki kekayaan semasa ditemui ramah oleh media termasuk kira-kira AS$10 juta (RM34.1 juta) yang diperoleh menerusi pendapatannya pada tahun lalu.

Bukunya, Harmonic Wealth menduduki senarai buku paling laris di akhbar New York Times pada Mei 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: