
ATLANTA - Sebuah lebuh raya di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) menjadi seperti situasi di sarkas kelmarin apabila apabila seekor kuda belang berusia 12 tahun bernama Lima berkeliaran selama 40 minit sebelum ditangkap oleh pelatihnya.
Jurucakap Ringling Brothers and Barnum & Bailey Circus, Crystal Drake berkata, pada mulanya, Lima sedang berlatih di sebuah kawasan sebagai persiapan mengadakan satu persembahan sarkas tetapi terdapat sesuatu yang menakutkannya menyebabkan ia melarikan diri.
Kuda belang itu melarikan diri daripada pelatihnya dan melompat pagar menyebabkan anggota-anggota polis turut membantu menangkapnya.
"Tidak pasti apa yang mengejutkannya tetapi kami sedang mencari puncanya," kata Drake.
Polis lebuh raya menutup semua laluan di bahagian selatan supaya ia berlari ke arah satu laluan masuk sebelum pelatihnya berjaya menangkap semula haiwan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: