Wednesday, February 24, 2010

Jom Heboh TV3 terus dekati peminat

Melihat pada dasar dan pencapaian Jom Heboh sehingga kini, ia tidak mustahil menjadi kenyataan untuk terus dihidangkan kepada rakyat Malaysia selama mana mungkin ianya diterima. Karnival pada skala terbesar anjuran TV3 kini sudah memasuki tahun ke-8 penganjurannya dan telah menarik hampir jutaan pengunjung tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Tahun 2010 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan wadah, improvisasi dan wajah baru. Paling utama ialah dengan mengadakan karnival ini di lokasi-lokasi yang belum pernah diadakan (tahun ini pertama kali di Terengganu dan Kelantan) sambil pemfokusan terhadap kekeluargaan dan aktiviti permainan.

Di setiap lokasi yang dilawati juga, Jom Heboh akan mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut. Lokasi-lokasi Jom Heboh tahun ini ialah di Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Pahang, Sarawak dan Perak.

Beberapa gerai kendalian TV3 juga akan diberi nafas dan nama baru dalam menyuntik semangat kepada orang ramai iaitu gerai di bawah naungan Cereka, Studio3 dan Kanak-Kanak. Gerai Studio3 akan memperlihatkan gabungan Aduan Rakyat, Nona, Wanita Hari Ini dan Majalah 3. Tahun ini juga gerai berita TV3 juga akan muncul kembali dengan pelbagai keistimewaan antaranya uji bakat pembaca berita selain dapat beramah mesra dengan penyampai berita.

Lokasi pertama Jom Heboh akan diadakan di pekarangan Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Februari 2010 bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Konsert Jom Heboh Bukit Jalil akan menampilkan artis terkenal seperti Black & Meet Uncle Hussain, Kumpulan Pesawat, Jaclyn Victor, Mas Idayu dan Juara MyStarz LG ketiga iaitu Tom.

Tunggu kehadiran Jom Heboh ini di setiap lokasi berdekatan anda!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: