AKTRES terkenal Bollywood, Kareena Kapoor memberitahu dia kini belajar untuk menjadi seorang penulis. Menurut Kareena, dia dan sahabatnya Rujuta Diwekar seorang pakar pemakanan telah menulis buku mengenai amalan pemakanan.
Kareena juga telah hadir sempena sambutan ulang tahun pertama buku keluaran dia dan kawannya itu yang bertajuk, 'Don't lose your mind, loose your weight' di bandar Mumbai.
Selain itu, Kareena juga dikatakan turut terlibat dengan penulisan beberapa buku lain sebagai permulaan untuk menjadi seorang penulis.
"Apa yang membuatkan saya begitu bangga dan gembira dengan buku hasil tulisan Rujuta itu adalah kerana buku tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. Kini saya begitu teruja untuk menjadi seorang penulis, "kata Kareena.
Pelakon terkenal Bollywood itu turut memberitahu berat badannya kini hanya 68 kg selepas dua tahun mengikut amalan pemakanan yang disyorkan kawannya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: