Saturday, February 13, 2010

Gabungan klasik, kontemporari


Elemen kait fabrik kapas yang lebih besar menampilkan rekaan ringkas lagi elegan..


GIORGIO Armani menyambut kedatangan musim luruh kali ini dengan menampilkan koleksi kasual, pakaian asas lelaki dan wanita yang fleksibel. Sesuai dengan iklim yang menyamankan ketika musim tersebut, koleksi kali ini direka lebih ringkas menepati keselesaan lelaki dan wanita menjelang tiba musim luruh.

Dari pakaian luar yang pelbagai fungsi, penggunaan fabrik seperti satin, sutera dan sifon untuk pakaian wanita. Manakala lelaki pula menekankan ciri klasik dan penggunaan denim sebagai asas fesyen. Ditambah elemen kait fabrik kapas yang lebih besar menampilkan rekaan ringkas lagi elegan, sesuai untuk lelaki dan wanita yang bercita rasa stail kontemporari. Koleksi ini meneruskan kesinambungan tradisi jahitan sempurna pada setiap rekaan, menggabungkan penggunaan warna-warna semula jadi, potongan dan fabrik untuk pakaian ke majlis formal mahupun sebagai pakaian kasual di hujung minggu.

Untuk Musim Luruh 2010 ini, Giorgio Armani turut mengekalkan rekaan dan potongan halus demi prestijnya. Stailnya tidak ketinggalan zaman, seimbang dan penuh tenaga. Itulah keaslian jenama Giorgio Armani. Untuk wanita, Giorgio Armani membawakan tema kontemporari dan melengkapi penampilan wanita tentulah pasangannya. Si lelaki pula berpakaian dengan jenama yang sama pasti menambah keyakinan anda berdua untuk berjalan bersama.

Koleksi Giorgio Armani untuk tahun 2010 ini diberi nama Classicismo Del 2010. Dari nama temanya saja kita boleh mengagak bahawa Giorgio Armani menghadirkan elemen klasik untuk tahun baru ini.

Dari baju-T hinggalah ke tali leher, semuanya dihasilkan dengan penuh teliti supaya kualiti Giorgio Armani tetap berada tinggi pada kelasnya. Lihat sahajalah koleksi musim luruh Giorgio Armani untuk 2010 yang digayakan peragawati dan peragawan pada pertunjukan fesyen yang berlangsung baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: