Sunday, February 14, 2010

Ammar jangan bodohkan diri


AMMAR pernah bergaduh dengan Siti Sarah di depan orang ramai.


RASANYA belum terlambat untuk Diva buat teguran buat dua pelakon muda berhingus ini. Orang tua ada pesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Diva harap Ammar terutamanya faham dengan maksud peribahasa tersebut.

Diva dan teman sudah beberapa tahun berada dalam industri dan kagum dengan ketabahan artis senior yang tidak mudah melatah dalam tindakan mereka.

Apatah lagi untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada teman-teman Diva yang bekerja keras untuk memartabatkan industri hiburan tanah air.

Jadi, bila Diva dengar Ammar bercakap tak senonoh tentang teman-teman Diva, Diva naik meluat. Malah Diva rasa dia sebenarnya memperbodohkan dirinya sendiri.

Jangan mudah meletakkan kata bodoh pada orang lain jika diri sendiri juga seperti seekor ibu ketam.

Malah dengan cara tersebut, Ammar yang baru sangat dalam dunia hiburan malah tidak dikenali orang ini terus membuatkan dirinya nampak tidak pandai.

Diva dapat cerita daripada kawan-kawan yang dia suka membuat muka apabila ada sesi fotografi. Tidak kurang juga bergaduh dengan Puteri Sarah di depan khalayak tanpa menghiraukan suasana luar di. Pandai ke tindakan sebegitu?

Diva harap Ammar selepas ini panjang akal dalam berkata-kata supaya hayat 'hiburannya' akan lebih panjang. Itu pun kalau ada tawaran lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: