Monday, February 22, 2010

Dua wanita akui skandal Ashley


Ashley Cole


LONDON – Bintang kelab bola sepak Chelsea, Ashley Cole terlibat lagi dalan skandal seks yang dibongkar oleh media semalam.

Menurut akhbar News of the World, Ashley yang berkahwin dengan penyanyi Girls Aloud, Cheryl Cole meminta seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Ann Corbitt jangan mendedahkan kisah mereka tidur selama satu malam di atas katil.

Ashley dilaporkan memberitahu Corbitt: “Saya tidak boleh kehilangan isteri saya ekoran perkara ini. Jika saya kehilangan isteri saya, saya tidak mahu untuk hidup lagi.”

Sebelum ini, isteri bintang bola sepak itu marah selepas media membongkar skandal dengan melaporkan dua wanita menerima gambar kurang sopan Ashley menerusi telefon bimbit.

Bercakap kepada akhbar itu, Corbitt memberitahu dia kemudian menolak pelawaan bintang bola tersebut untuk menjalin hubungan kali kedua setelah mengetahui dia sudah mempunyai isteri.

Kejadian itu berlaku semasa pasukan bola sepak Chelsea melawat Seattle, AS.

Menurut wanita itu dia melakukan hubungan seks dengan Ashley tanpa memakai kondom.

Corbitt berkata, mereka melakukan hubungan seks pada waktu malam dan pagi.

Sementara itu, seorang lagi wanita, Alexandra Taylor memberitahu akhbar Sunday Mirror bahawa dia pernah menjalin hubungan seks dengan Ashley pada 2004.

Alexandra memberitahu dia tidur bersama Ashley beberapa jam selepas bintang bola sepak itu mendedahkan hubungannya dengan Cheryl.

Akhbar The Mail on Sunday difahamkan bahawa perkahwinan Ashely dengan Cheryl sebenarnya sudah berakhir sebelum sambutan Krismas lalu.

Namun, pasangan itu berusaha untuk melenyapkan khabar angin itu dengan membuat beberapa kemunculan bersama.

Pada minggu lalu, Cheryl meninggalkan kediamannya di Surrey untuk menuju ke Los Angeles tanpa kehadiran suaminya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: