Monday, February 22, 2010

Rumah ibadat Yahudi dilempar bom


SEORANG anggota polis mengarahkan media tidak mendekati kawasan di depan sebuah rumah ibadat Yahudi di Kaherah semalam.


KAHERAH – Seorang lelaki melemparkan bom buatan sendiri ke arah sebuah rumah ibadat Yahudi di sini semalam tetapi tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan, kata polis semalam.

Menurut laporan polis, seorang lelaki memasuki sebuah hotel yang terletak di tingkat empat sebuah bangunan di seberang rumah ibadat tersebut pada pukul 3 pagi waktu tempatan.

Semasa dia mendaftar masuk, lelaki itu melemparkan satu beg keluar dari tingkap bangunan berkenaan.

Menurut polis, beg itu mengandungi empat bekas minyak tanah dilekatkan pada satu botol mengandungi asid sulfurik sekali gus menunjukkan ia mahu digunakan sebagai bom.

Beg itu turut mengandungi pakaian, mancis dan satu alat pemetik api terjatuh ke laluan pejalan kaki di depan hotel dan terbakar sebelum ia berjaya dipadamkan.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dan dia kini diburu oleh polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: