![]() |
| Mohamad Fahizul |
SHAH ALAM - Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta yang difailkan oleh seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta terhadap bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selesai selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan di luar mahkamah.
![]() |
| |
Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili plaintif, Mohamad Fahizul Khairi ketika memaklumkan perkara itu kepada mahkamah berkata, anak guamnya turut menyenaraikan tujuh terma bagi persetujuan kedua-dua pihak.
![]() |
| NOR DALIYA |
Terma pertama, Fahizul, 54, bersetuju untuk menerima RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan terhadap tuntutan itu walaupun pada tuntutan permohonannya, Fahizul menuntut ganti rugi kewangan sebanyak RM871,186.67 dan ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 akibat putus tunang dengan seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd. Daud, 34.



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: