Saturday, February 20, 2010

APMM terima keputusan

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedia menerima keputusan kerajaan berhubung penyerapan anggota serta aset polis marin dan Jabatan Perikanan ke dalam agensi itu.

SERIUS...Mohd Amdan (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota APMM, semalam.
SERIUS...Mohd Amdan (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota APMM, semalam.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish, berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu dilihat secara positif kerana ia membabitkan banyak pihak.


“Saya difahamkan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan terperinci berhubung perkara ini dan kita sedia terima apa juga keputusan dikeluarkan.


“Sebagai agensi penguat kuasa, APMM tidak boleh bergerak bersendirian kerana kita perlu bekerjasama dengan semua pihak termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berhasrat menyerapkan anggota polis marin dan Jabatan Perikanan ke dalam APMM.


Beliau berkata demikian selepas majlis perbarisan sempena sambutan Hari Maritim Malaysia kelima di pejabat Wilayah Maritim Timur, Indera Mahkota, semalam. APMM ditubuhkan lima tahun lalu bagi menjaga keselamatan perairan negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: