KOTA BHARU: Industri pelancongan tidak akan berkembang sekiranya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri gagal menjaga dan menyelenggara kemudahan yang disediakan Kerajaan Pusat.
TRADISIONAL...Dr Ng (dua dari kiri) di Majlis Riang Ria Tahun Baru Cina, semalam.
Katanya, kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Pusat sepenuhnya termasuk menjaga kebersihan.
“Kita sudah bagi projek, jadi pandai-pandailah mereka jaga. Di Kelantan, kita peruntukkan lebih RM500,000 untuk prasarana, tetapi keadaannya tetap kotor setiap kali saya melawat.
“Kerajaan Pusat sudah memberi peruntukan dan sebagai contoh, Kelantan sendiri menerima peruntukan RM31 juta tahun lalu menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) untuk 14 projek,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Riang Ria Tahun Baru Cina di sini, semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: