PUTRAJAYA: Jabatan agama Islam negeri perlu menggerakkan usaha bagi memberikan pendidikan dan pemahaman kepada masyarakat berkaitan hukuman sebat yang dilaksanakan terhadap tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan syariah, baru-baru ini.
JAWAB...Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Modal Insan di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata, hukuman itu sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan di negeri.
“Yang penting sekarang ini, jabatan agama Islam negeri, mungkin dengan kerjasama kita juga untuk memberi satu pendidikan dan daripada segi soal pemahaman, apakah sebenarnya (hukuman sebatan).
“Sebenarnya, ia sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, ia dalam bidang kuasa negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan, di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
| |
Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang mempertikaikan hukuman sebatan terhadap tiga wanita di Penjara Wanita di Kajang, pada 9 Februari lalu, selepas ketiga-tiga mereka didapati bersalah melakukan kesalahan syariah.
Pelaksanaan hukuman itu disaksikan 13 individu termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta pegawai Bahagian Syariah, Jabatan Peguam Negara. Menurutnya, jabatan agama Islam negeri perlu memberikan pendidikan dan pemahaman kepada masyarakat mengenai perkara itu (hukuman sebatan) yang sudah diperuntukkan dalam undang-undang syariah negeri.
Muhyiddin berkata, langkah itu penting supaya perkara berkenaan difahami bukan saja rakyat dalam negara, tetapi juga masyarakat antarabangsa supaya tidak timbul tanggapan serong mengenai apa yang berlaku di negara ini.
“Penjelasan perlu dilakukan kerana pelaksanaan hukuman sebat syarie masih baru,” katanya. Selain itu, katanya, media berperanan membantu memberi penjelasan berkaitan pelaksanaan hukuman itu, yang mungkin pada tanggapan masyarakat antarabangsa adalah seperti hukuman jenayah, disebat sehingga boleh menyebabkan kematian.
Menurutnya, pendekatan yang digunakan Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan. “Jadi, berbeza sekali, jika ada penjelasan sebegitu, tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan dari segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan. Kalau yang hukum bunuh itu, berbeza sekali,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: