Wednesday, February 3, 2010

Terry rancang pujuk isteri

LONDON: Kapten pasukan bola sepak England dan Chelsea, John Terry, tidak akan diturunkan dalam perlawanan penting Piala FA 13 Februari ini, membolehkan dia menghabiskan masa bersama isterinya, Toni, sempena Hari Valentine.

SAAT INDAH...pasangan Terry - Toni mungkin berpisah selepas berumah tangga sejak 15 Jun 2007.
SAAT INDAH...pasangan Terry - Toni mungkin berpisah selepas berumah tangga sejak 15 Jun 2007.
VANESSA ditiduri dua kali seminggu.
VANESSA ditiduri dua kali seminggu.

Peluang diberi Chelsea itu akan digunakan Terry, 29, untuk bertemu Toni di Dubai dan meminta maaf atas keterlanjurannya.


Sebelum ini Toni, 28, menuntut cerai sebelum berlepas ke Dubai gara-gara skandal Terry dengan model pakaian dalam Perancis, Vanessa Perroncel.


Sumber berkata, Terry dan Toni berhubung melalui telefon semalam dan hasil perbualan penuh emosi itu, kedua-dua mereka bersetuju bersemuka.


Turut berada bersama Toni adalah pasangan anak kembar mereka yang baru berusia tiga tahun.


Chelsea dijadual menentang Cardiff City dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA sehari sebelum Hari Valentine.


Menurut sumber itu, Terry yakin masih mampu melembutkan hati Toni, sekali gus menyelamatkan rumah tangga mereka.


“Ini peluang terakhir Terry. Dia bertegas tidak akan pulang dari Dubai selagi konfliknya belum berakhir.


“Terry memahami betapa terlukanya Toni atas kecurangannya,” katanya.


Menurut sumber itu, Terry berharap kata-katanya dapat meyakinkan Toni.


Terry dilaporkan meniduri Vanessa, 28, dua kali seminggu selama empat bulan.


Apabila hamil, Terry mengatur perjumpaan Vanessa dengan klinik bagi menggugurkan kandungan itu.


Vanessa adalah teman wanita rakan sepasukan Terry dalam skuad England, Wayne Bridge.


Toni berlepas ke Dubai pada malam Sabtu lalu, sehari selepas Mahkamah Tinggi membatalkan injunksi diperoleh Terry bagi menghalang media melaporkan skandal seksnya.


Seorang rakan berkata, Toni kini tinggal di apartmen dibeli bersama Terry di kawasan percutian eksklusif di Palm Resort di Dubai.


“Ia adalah tempat sesuai untuk Toni menenangkan fikiran,” katanya.


Namun, Dubai juga menyimpan memori tersendiri kepada Toni.


Katanya, di bandar raya itulah Terry melamar Toni dan mereka berbulan madu di situ selepas berkahwin.


Perceraian - jika berlaku nanti - akan menyebabkan Terry kehilangan RM54.7 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: