
BINTANG filem Twilight, Robert Pattinson yang bersungguh mahu membiasakan diri dalam dunia glamor meluahkan kekaguman terhadap sikap aktor terkenal, Pierce Brosnan berdepan peminat.
Robert yang bergandingan dengan Pierce dalam filem terbarunya, Remember Me terkejut bukan kepalang melihat idolanya tetap melayani peminat walaupun sedang menikmati makan malam.
"Meskipun dia berada dalam kelas tersendiri di Hollywood dan meraih kemasyhuran, Pierce tanpa jemu tetap melayani orang ramai yang datang menghampirinya.
"Ada peminat kurang mengecam lalu melihat berkali-kali wajah Pierce inginkan kepastian. Dengan merendah diri, dia segera bangun lalu memperkenal diri kepada pengunjung yang terpinga-pinga.
"Kalau saya berdepan dengan atmosfera itu, sudah pasti saya terus merangkak di bawah meja sambil menyembunyikan diri," akui pemuda berusia 23 tahun itu sambil ketawa besar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: