
KEJOHANAN Golf Terbuka Malay- sia Maybank 2010 terus mendapat sambutan apabila 16 lagi pemain mengesahkan penyertaan mereka semalam.
Penyertaan terbaru itu diumumkan oleh Jelajah Eropah (ET), Jela- jah Asia (AT) serta Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang juga penganjur bersama kejohanan yang akan diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) bermula 4 Mac depan.
Lebih menarik, tahun ini penaja kejohanan, Maybank mengumumkan telah memilih dua pemain tempatan, Rashid Ismail dan Shaaban Hussin sebagai pemain undangan penaja berbanding hanya satu sahaja pada edisi terdahulu.
Ismail merupakan juara tiga kejohanan profesional termasuk Terbuka Malaysia 2005.
Hussin pula menamatkan saingan musim lepas dengan menduduki tangga ke-65 Order Of Merit Asia dan merupakan pemain amatur No. 1 negara pada tahun 2001 dan 2002.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor berkata: "Maybank telah mengundang dua pemain tempatan yang hebat, Rashid dan Shaaban untuk saingan musim ini.
"Kedua-dua pemain telah bekerja keras untuk memperbaiki prestasi sejak beberapa tahun lepas dan pasti akan memberikan aksi terbaik untuk tatapan penonton tempatan.
"Amat penting, kami mahu menjadikan kejohanan ini sebagai kejohanan yang menggabungkan penyertaan pemain tempatan dan antarabangsa dengan berkesan."
Terdahulu, lima pemain tempatan yang terdiri daripada Anis Helmi Hassan, P. Gunasegaran, M. Sasida- ran, Akhmal Tarmizie dan Shukree Othman terpilih untuk menyertai Terbuka Malaysia melalui kejohanan kelayakan yang diadakan pada 19 hingga 20 Januari lalu.
Mereka akan mengiringi Airil Rizman Zahari, S. Sivachandran, Nick- laus Fung yang diundang oleh Persatuan Golf Malaysia.
Pemain amatur kebangsaan, Mohamad Hisyam, Gavin Kyle Green and Mohammad Iszaimi Ismail dan Able Tam juga akan turut sama memeriahkan Terbuka Malaysia yang memasuki edisi ke-49 tahun ini.
Mohamad Hisyam baru sahaja menjuarai Kejohanan Golf Amatur Selangor awal bulan ini manakala Gavin Kyle Green menghadiahkan Malaysia kejuaraan pertama pada Kejohanan Terbuka Remaja Malaysia 100Plus.
Pada Oktober tahun lepas, Mohammad Iszaimi Ismail menjuarai Kejohanan Faldo Series Malaysia di Pulau Pinang, sementara Able Tam merupakan pemain remaja yang cukup berpotensi selepas menjuarai Kejohanan Golf Masters Remaja Selangor.
Dalam pada itu, Terbuka Malaysia juga dimeriahkan dengan kehadiran bintang Jelajah Asia dan juara dua kali, Thongchai Jaidee dari Thailand, Soren Kjeldsen (Denmark), Boonchu Ruangkit (Thailand) dan Miles Tunnicliff (England) dan bari- san pemain handalan dunia yang lain.
Sebelum ini, Terbuka Malaysia berjaya menarik penyertaan pemain bintang antaranya K.J. Choi, Darren Cleark, Shingo Katayama, Arjun Atwal dan Anthony Kang (2009).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: