KATA peribahasa tiada angin masakan pokok bergoyang. Tanpa mahu membuat sebarang tuduhan melulu atau membuka aib orang, namun sekiranya sesuatu hasrat itu baik dan membawa kebahagiaan hingga hari tua, SS bersyukur dan tumpang gembira.
Cerita ini mahu SS kongsi dengan pembaca apabila rakan SS memberitahu dia terserempak kelibat penyanyi etnik popular ini, siapa lagi kalau bukan Kak Ani kita atau nama penuhnya Noraniza Idris di Sungai Golok, Kelantan, baru-baru ini. Sewaktu ternampak kak Ani,kelihatan dia bersama seorang kanak-kanak lelaki, juru mekap artis dan dua lelaki yang tidak dikenali. Mereka baru meninggalkan lobi hotel penginapan berhampiran kawasan sempadan memisahkan dua negara itu. Tanpa disedari, gerak-geri mereka meninggalkan hotel bersama sempat dirakamkan jurugambar bertugas di pantai timur.
Kebetulan jurugambar itu berada di tempat sama bersama rakan media lain membuat liputan mengenai tentera negara jiran. Sebaik mendapati tindakan itu diperhatikan, penyanyi berkenaan terus cemas dan tergesa-gesa meninggalkan tempat berkenaan daripada menjadi tumpuan lensa kamera. SS tidak tahu apa sebab musabab kehadiran Kak Ani di situ?
Barangkali dia sedang bercuti, beli-belah, menghadiri kenduri kendara atau menamatkan zaman jandanya, motif sebenar tidaklah diketahui. Apa lebih menarik, lokasi di sempadan sememangnya dikenali tumpuan pasangankahwin lari. Sekadar nasihat, SS bukan hendak buat tuduhan sebarangan atau jaga tepi kain orang lain. Cuma sedikit tertanya tanya apa dibuat oleh penyanyi itu di tempat popular dengan status kahwin lari tanpa wali daripada sebelah keluarga. Andai kata berita baik, media suka hendak mendengar penjelasan daripada mulut penyanyi itu sendiri. Jikasudi, banyak pihak boleh berkongsi kegembiraan.
Peminat juga tidak tertanya-tanya mengapa penyanyi wanita itu berada di tempat tumpuan dan kegemaran golongan lelaki baik bujang atau sudah mendirikanrumah tangga untuk bernikah lagi satu, apa SS percaya tepuk dada tanyaselera.
Monday, February 1, 2010
Noraniza Idris Nampak Gelabah Apabila Terserempak Di Golok, Thailand!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: