Tuesday, February 23, 2010

Neetu doa sukses


NEETU CHANDRA


NEETU CHANDRA mengaku sebelum ini dia jarang meminta doa kepada tuhannya yang digelar baba. Tetapi pada tahun 2010, dia lebih banyak meminta doa, terutama untuk meraih sukses dalam kerjaya dan kehidupan kerana percaya doanya itu akan dimakbulkan.

Malah katanya dia selalu bersyukur kerana sejak kebelakangan ini, tuhannya banyak membantu dia hidup dalam keadaan lebih positif.

"Saya selalu bersyukur dengan baba atas semua respons positif yang diberikan setiap kali saya berdoa meminta bantuan daripadanya. Saya perasan, kerjaya seni saya naik melonjak. Saya akan keluar dengan sebuah projek besar tahun ini," katanya penuh teruja.

Aktres ini juga mengaku dia turut berdoa agar kawan-kawan baiknya diberi kehidupan yang lebih baik dan sukses dalam kerjaya masing-masing.

Katanya: "Saya tahu baba hanya menguji mereka dengan tidak memberi respons yang baik terhadap kehidupan mereka. Tapi saya tetap meminta doa agar mereka diberikan respons positif kerana mereka adalah orang yang baik."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: