Saturday, February 20, 2010

Jom Layan The Book Of Eli

Mengisahkan kehidupan di dunia selepas malapetaka yang dasyat sehingga menyebabkan manusia tidak lagi bertamadun. Pengembaraan Eli (Denzel Washington) ke Barat atas tujuan penting mengembangkan ilmu terakhir yang tinggal di dunia.

Berjalan kaki sepanjang perjalanan menyempurnakan tugas atas kehendaknya sendiri dan terpaksa menggunakan kekerasan ke atas setiap manusia yang cuba mengambil kesempatan, Eli sentiasa berdampingan dengan sebuah buku yang dipercayai terakhir di dunia sehingga hafal setiap inci kata-kata yang tertera di dalamnya.

Pengembaraannya terhenti di sebuah pekan yang diketuai Carnegie (Gary Oldman) yang juga telah mengerahkan pengikutnya mencari buku terbabit yang disifatkannya dapat mengawal kuasa di dunia. Keinginan terhadap air bersih telah menemukan Eli dengan Solara (Mila Kunis), anak kepada kekasih Carnegie, Claudia (Jennifer Beals).

Pencarian Carnegie terhadap buku tersebut telah menemukannya dengan Eli yang disifatkannya antara manusia bertamadun kerana celik ilmu. Namun segalanya menjadi huru hara apabila Eli enggan menyerahkan buku berharga itu ke tangan penjahat dan menyebabkannya diburu.

Begitulah hebatnya filem arahan Hughes Brothers apabila buku menjadi subjek pembunuhan. Manusia saling berbunuhan untuk barangan yang tidak pernah menjadi kepentingan suatu ketika dulu seperti mancis dan sabun.

Saksikan The Book Of Eli di pawagam mulai 25 Februari 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: