Wednesday, February 24, 2010

Jemaah gempar temui lidah orang dalam masjid

KOTA BHARU - Jemaah Masjid Muhammadi digemparkan dengan penemuan sebuku daging seakan-akan seperti lidah manusia dalam tandas lelaki masjid tersebut di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebuku daging tersebut ditemui atas lantai berhampiran pintu tandas oleh seorang tukang cuci.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan sebuku daging tersebut.

“Namun kami tidak dapat mengesahkan daging tersebut sama ada lidah manusia atau sebaliknya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih terperinci bagi mengecam benda berkenaan.

Sementara itu saksi kejadian, seorang tukang cuci yang sudah tiga tahun berkhidmat di situ, Zulkifli Ibrahim, 37, berkata, pada pagi itu dia seperti biasa menjalankan tugasnya di kawasan masjid tersebut.

“Apabila memasuki tandas lelaki, saya terkejut apabila melihat ada sebuku daging yang sekali dipandang ia seakan-akan menyerupai lidah manusia di atas lantai,” katanya.

Beliau yang risau tentang kejadian tersebut terus memaklumkan kepada pihak berkuasa masjid sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: