Monday, February 1, 2010

Janda artis cari “sponsor”

KRING KRING (KK): HAI Niezam... Lama aku tak telefon kau nak bagi cerita sensasi ni.

NIEZAM: Oh... ye ke? Siapa agaknya ni ya?

KK: Masitah la.

NIEZAM: Masitah! Ohh... Masitah Mak Andam ke?

KK: Ye la... Siapa lagi. Aku ada benda nak bergosip dengan kau la.

NIEZAM: Okey... boleh saja... Apa ceritanya tu?

KK: Kau kenal tak janda artis yang cantik ni?

NIEZAM: Tak sebut nama macam mana nak kenal? Janda artis mana?

KK: Janda kepada *&^$#

NIEZAM: Ya....Mesti la kenal. Nak mati kalau tak kenal? Kenapa?

KK: Macam ni Niezam.Dia nak kahwin tu aku tak kisahlah sebab dia bukan artis. Setakat janda artis je.

NIEZAM: Dia buat masalah apa?

KK: Dia ada telefon aku nak suruh aku sponsor baju untuk kahwin dia. Kalau dah namanya sponsor tu kau faham-faham sajalah. Nak minta free.

NIEZAM: Habis tu kau bagi ke?

KK: Ni aku nak cerita dulu. Bukan aku tak nak bagi, tapi kalau aku sponsor dia, apa aku dapat? Kalau dia artis popular ke, paling tidak aku dapat juga publisiti. Aku pun cakap tak boleh.

NIEZAM: Apa jadi lepas tu?

KK: Aku pun apa lagi bagi tahu la dia aku tak dapat nak sponsor. Lepas tu kan kawan aku pula telefon bagi tahu benda yang sama. Rupanya tak dapat daripada aku, dia minta kat orang lain pula.

NIEZAM: La! Nak minta pinjam juga ke?

KK: Tu la pasal. Aku terkejut juga la ni. Kawan aku pun tak nak bagi.

NIEZAM: Kenapa dia macam tu?

KK: Perempuan ni perasan sikit. Dia ingat kalau setakat pernah kahwin dengan artis tu dia popular ke? Ada hati nak minta sponsor.

NIEZAM: Ehh... Apa salahnya. Dia bertanya je. Kalau ada rezeki dia, dapat. Tak ada rezeki tak dapatlah.

KK: Kadang-kadang Niezam oi... Kita kena cermin diri kita juga nak minta sesuatu daripada orang. Aku geramnya sebab dia rasa macam dia pun artis. Tolonglah... Awak tu janda artis je tau!

NIEZAM: Kau tiba-tiba nak marah kenapa?

KK: Sebab aku tak boleh terima cara dia tu. Dia anggap dia popular sangat.

NIEZAM: Setidaknya ada juga orang nak dekat dia tau. Macam kau tu ha! Dah nak pencen, pun tak merasa naik pelamin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: