Monday, February 1, 2010

Faizal Tahir Hidap DVT, Terpaksa Telan Pradaxa RM13 Setiap Hari!

image

Penyanyi juara lagu tempat ketiga AJL24, iaitu Faizal Tahir disahkan menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT. Penyakit ini dipercayai boleh membawa maut.

Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.Terpaksa menelan ubat tahan sakit Pradaxa bernila RM13 setiap hari.
"Setiap hari, saya terpaksa telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini,"
"Buat masa ini, saya mengalami kesakitan di bahagian kaki. Sebab itu saya terpaksa menyanyi secara duduk. Tapi, kesannya tetap dirasai di seluruh badan saya," katanya.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung dengan pil tahan sakit ini kerana saya tahu ia boleh memudaratkan kesihatan.
"Tapi, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya lakukan. Selain ubat, saya juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi. Namun, jadual yang padat menyukarkan saya menjalani rawatan tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: