
SEREMBAN - Pakaian berjenama sinonim dengan kualiti dan cantik namun harganya yang mahal selalu menjadi halangan bagi orang ramai memilikinya.
Menyedari peluang itu, butik pakaian kanak-kanak Oscarlily Outlet, memperkenalkan pelbagai pakaian kanak-kanak berjenama pada harga murah bagi memenuhi permintaan pasaran.
Pemiliknya, Laili Haslinda Nordin, 35, berkata, selepas lebih lima tahun menjadi pemborong pakaian kanak-kanak berjenama, beliau kini mempunyai dua butik di bangunan D'Mara di Plaza Seremban Utara dan di Seremban Plaza, di sini.
Biarpun Oscarlily Outlet baru enam bulan beroperasi, Laili Haslinda turut berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka sebuah lagi cawangan di Carrefour Seremban tidak lama lagi.
"Oscarlily Outlet kini mula mendapat tempat di hati pelanggan terutama ibu bapa yang mahukan pakaian berkualiti.
"Saya bercadang untuk membuka cawangan baru dan pada masa yang sama menawarkan pelbagai pilihan kepada pembeli," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: