Saturday, February 20, 2010

'Biar kami hidup bahagia'

BUKIT BERUNTUNG: “Berilah peluang kami hidup bahagia dan tidak ada salahnya saya mendirikan masjid secara sah mengikut sunnah Rasulullah,” kata penyanyi era 80-an, Rashid Abdul Wahab yang lebih kenali Shidee berhubung kenyataan ibu mentuanya, Jamaliah Hasan, 47, yang tidak merestui perkahwinannya, Sabtu lalu.

BUKTI...Shidee dan Fairunnisa menunjukkan sijil nikah dan laporan polis yang dibuat.
BUKTI...Shidee dan Fairunnisa menunjukkan sijil nikah dan laporan polis yang dibuat.
Shidee, 51, mengakui mencintai isterinya, Siti Fairunnisa Aziz, 22, dalam ‘diam’ tanpa pengetahuan ibu mentuanya, malah melihat wanita itu sebagai calon isteri selepas mengenali isi hatinya.


“Dengan nama Allah, tidak sedetik pun wujud perasaan kasih atau cinta terhadap ibu mentua saya sebelum ini, malah tidak terlintas untuk mengahwininya. “Saya sebak dan terkilan dengan tohmahan itu. Mungkin kerana cintanya tidak dibalas, dia sanggup berbuat apa saja demi mengaibkan kami berdua,” katanya ketika ditemui di rumah abang angkatnya, Shaharuddin Shaari, 52, di Jalan Teluki 6 di sini, semalam. Shidee yang berkahwin dengan Siti Fairunnisa pada 1 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor, turut mendakwa mentuanya merestui perkahwinan mereka. Katanya, ibu mentuanya ada berkunjung ke rumah itu dua hari sebelum mereka bernikah bagi mengadakan perbincangan dan rundingan. “Ramai yang menjadi saksi perbincangan itu. Dia (mentua) setuju dan reda jodoh saya dengan Fairunnisa. “Saya merayu janganlah diperbesarkan perkara ini. Saya ada maruah dan tidak menolak akan mengheret perkara ini ke mahkamah sekiranya berpanjangan lagi. “Saya akui tidak akan mengadakan majlis persandingan di rumah mentua, tetapi memilih 11 Mei depan untuk membuat majlis di kampung halaman saya di Bagan Datoh, Perak. “Mentua akan diundang ke majlis itu memandangkan kami tidak menyimpan rasa dendam dan benci kepadanya kerana saya sudah menerimanya sebagai keluarga sendiri,” katanya. Shidee berkata, dia tidak pernah melarikan Fairunnisa untuk diajak berkahwin, tetapi pernikahan itu dilangsungkan atas kerelaan isterinya itu yang datang ke rumah Shaharuddin.


“Isteri saya juga membuat laporan pada 30 Januari lalu di Balai Polis Bukit Sentosa, bagi membalas laporan dibuat ibunya yang mendakwa dia lari dari rumah seminggu sebelum itu” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: