Saturday, February 20, 2010

Asyik terbayang gelagat anak

JASIN: “Sepanjang malam hingga pagi tadi (semalam), saya sukar melelapkan mata kerana asyik terbayang wajah dan tingkah laku arwah yang sentiasa bermain di fikiran kerana dia memiliki kecerdikan luar biasa hingga semua ahli keluarga amat menyayanginya.”

TERKENANG...Misnah memangku  Nurul Najwa sambil menunjukkan baju dipakai Muhammad Haikal  sebelum ditemui lemas dalam baldi.
TERKENANG...Misnah memangku Nurul Najwa sambil menunjukkan baju dipakai Muhammad Haikal sebelum ditemui lemas dalam baldi.
Begitu kata Misnah Hamzah, 41, apabila terkenang anak lelaki tunggalnya, Muhammad Haikal Mustakim, 19 bulan, yang lemas selepas tertonggeng dalam baldi di bilik air rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau, Merlimau di sini, tengah hari kelmarin.


Misnah berkata, selain terbayang gelagat lincah anak bongsu daripada enam beradik itu, fikirannya turut dibelenggu pelbagai persoalan bagaimana arwah anak lelaki tunggalnya boleh terjatuh ke dalam baldi terbabit.


Katanya, kejadian itu amat dikesalinya apabila arwah memasuki bilik air tanpa disedari dan peristiwa menyayat hati itu mungkin tidak akan berlaku jika ada seseorang menemani kanak-kanak terbabit bermain.


“Apa pun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima kenyataan kehilangan satu-satunya anak lelaki, namun sukar mahu melupakan pemergian arwah disebabkan asyik terkenangkan keletahnya dan timbul rasa rindu dalam diri.


“Banyak kenangan bersama arwah yang tidak boleh kami sekeluarga dan sanak-saudara lupakan antaranya perangai Muhammad Haikal yang begitu kelakar, malah cerdik meskipun dalam usia sekecil itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, arwah juga begitu rapat dengan saudara sepupu perempuannya, Nurul Najwa Zailani, dua tahun apabila kedua-duanya sentiasa bermain dan makan atau minum bersama selain kerap mengalah dalam apa jua keadaan.


“Malah, keakraban arwah bersama sepupunya mengakibatkan Nurul Najwa beberapa kali mengigau malam tadi (kelmarin) sambil berteriak nama arwah dengan panggilan Mamat selepas jenazah Muhammad Haikal dikebumikan,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, arwah Muhammad Haikal ditemui tertonggeng dalam baldi berisi air sedalam kira-kira 12.7 sentimeter selepas arwah disedari hilang oleh ibunya yang membuat kuih di belakang rumah ketika itu.


Kehilangan arwah ketika itu menimbulkan keadaan cemas semua ahli keluarga yang mencarinya kira-kira 45 minit sebelum ditemui ibunya dalam keadaan kebiru-biruan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Umbai untuk rawatan.


Misnah berkata, anak bongsunya juga akan menekap kedua-dua tangannya ke telinga seperti Muazzin apabila terdengar azan berkumandang bagi memaklumkan sudah masuk waktu sembahyang.


Menurutnya, arwah juga begitu rapat dengan saudara sepupu perempuannya, Nurul Najwa Zailani, dua tahun apabila kedua-duanya sentiasa bermain dan makan atau minum bersama selain kerap mengalah dalam apa jua keadaan.


“Malah, keakraban arwah bersama sepupunya mengakibatkan Nurul Najwa beberapa kali mengigau malam tadi (kelmarin) sambil berteriak nama arwah dengan panggilan Mamat selepas jenazah Muhammad Haikal dikebumikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: