Friday, February 12, 2010

Anak Jessica Alba bergaduh


JESSICA ALBA dan anak perempuannya, Honor Marie.


JESSICA ALBA yang mempunyai anak perempuan, Honor Marie berusia 19 bulan, mengakui rakan-rakannya cukup bererti untuk menemani anak kecilnya sewaktu mereka bercuti bersama baru-baru ini.

Menurut Jessica, dia menyedari perkara itu ketika dalam perjalanan ke tempat percutian mereka di Mexico apabila anaknya telah bergaduh dengan anak-anak temannya.

“Dia akan mencuri mainan, menarik rambut teman-temannya untuk mendapatkan kereta bayi, patung mainan dan tas tangan milik mereka,” ujar pelakon tersebut.

Jelasnya, perkara yang berlaku ini banyak memberinya pengalaman dan pengajaran dalam membesarkan anaknya.

“Sekarang baru saya tahu percutian bersama anak-anak sangat berbeza berbanding semasa bujang,” jelas isteri kepada Cash Warren itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: