Friday, February 12, 2010

Amy pulang ke Caribbean


AMY WINEHOUSE


PENYANYI lagu Rehab, Amy Winehouse yang meluangkan masa lebih dari enam bulan di Pulau St. Lucia tahun lalu akan berlepas ke Jamaica akhir bulan ini.

Namun, dia telah diberi amaran oleh syarikat rakamannya supaya tidak menganggap ia sebagai satu percutian.

Menurut sumber yang memberitahu akhbar The Sun, penyanyi itu akan berlepas minggu depan. "Amy Winehouse sangat teruja untuk kembali ke sana kerana dia amat menyukai Caribbean. Bagaimanapun, Amy diingatkan supaya tidak berparti kerana dia perlu bekerja di sana," katanya.

Amy, 26, sebelum ini pernah mengambil cuti tambahan di St. Lucia sejak Disember 2008 hingga Julai tahun lalu.

"Dia sangat gembira tinggal di sana sehingga dia memohon taraf penduduk untuk tinggal di pulau tersebut secara tetap," tambah sumber.

Amy yang sebelum ini ketagihan dadah dan arak kini dalam proses untuk mengatasi masalah tersebut.

Dia juga diminta untuk menyambung rakaman album ketiganya yang tertangguh sewaktu dia di Caribbean dulu.

Namun, persoalan timbul adakah Amy berupaya menghabiskan rakaman album barunya itu.

Ini kerana dia pernah membuat kecoh dengan perangai buruknya yang ketagihan arak sewaktu di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: