Saturday, February 20, 2010

4 sekeluarga minta tolong dari balkoni

KUALA LUMPUR: Jeritan meminta tolong sebaik menyedari asap tebal di luar rumah menyelamatkan empat sekeluarga daripada terperangkap dalam satu kebakaran di Jalan Sentul di sini pagi semalam.

RUGI...stor penyimpanan alat ganti motosikal yang musnah.
RUGI...stor penyimpanan alat ganti motosikal yang musnah.
PERIKSA...seorang mangsa yang diselamatkan.
PERIKSA...seorang mangsa yang diselamatkan.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kebakaran dipercayai berpunca dari stor penyimpanan alat ganti motosikal di tingkat satu bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan flet Sri Terengganu di sini.


Pegawai Kanan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zakaria Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.39 pagi dan jentera pertama tiba tiga minit kemudian.


“Sejurus tiba, kami mendapati asap tebal di tingkat satu bangunan manakala empat mangsa termasuk ibu dan nenek serta dua kanak-kanak berusia 9 dan 12 tahun meminta pertolongan dari balkoni rumah di tingkat atas kerana gagal membuka pintu jeriji rumah mereka.


“Pihak bomba mengambil masa lima minit untuk memecahkan mangga pintu jeriji yang dikunci dari luar kerana mangsa panik hingga gagal mencari kunci,” katanya.


Menurutnya, kebakaran berpunca dari bahagian tengah tingkat satu bangunan mengakibatkan hampir 60 peratus stor penyimpanan alat ganti motosikal itu musnah.

“Mereka yang terperangkap cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Kami menasihati penghuni rumah tidak sekali-kali mengunci jeriji atau pintu dari luar. Keadaan ini sangat bahaya terutama jika berlaku kebakaran seperti ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: