Saturday, May 1, 2010

Rintangan sebenar Chong Wei

PEMAIN badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei percaya pertarungan sebenar dalam kejohanan Piala Thomas nanti ialah menentang dirinya sendiri.
Sebagai pemain perseorangan pertama, beliau memikul tugas berat untuk mencipta mata pertama untuk pasukan negara.

PERSIAPAN AKHIR...Chong Wei berlatih di gimnasium MSN, semalam.
PERSIAPAN AKHIR...Chong Wei berlatih di gimnasium MSN, semalam.
“Letak ke tepi soal lawan yang gah, kemahiran dan strategi, apa yang tinggal ialah diri kita dan emosi dalaman yang perlu kita atasi.


“Saya harap dapat memenangi pertarungan dengan diri saya sendiri,” katanya kepada Bernama, semalam.


Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, 9-16 Mei ini.


Pemain nombor satu dunia itu berkata beliau akan menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di gelanggang sendiri.


“Bermain di tempat sendiri adalah baik untuk saya. Saya boleh bergantung terhadap sokongan penyokong tempatan,” katanya.


Chong Wei berkata selepas menyertai kem motivasi selama tiga hari di Port Dickson dan latihan simulasi, moral pemain meningkat dengan banyak dan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran kejohanan.


“Kami berjanji untuk bermain bermati-matian dan melakukan yang terbaik untuk negara,” katanya.


Selaku perseorangan pertama, Chong Wei dijangka bertemu jaguh China, Lin Dan, Peter-Gade Christensen (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia) dan Park Sung-hwan (Korea Selatan).

Beliau juga dijangka bertemu Kenichi Tago dari Jepun.


Selain Chong Wei, Wong Choong Hann, Hafiz Hashim dan Tan Chung Seang akan turut menggalas cabaran perseorangan manakala tiga beregu negara dibarisi Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Tazari dan Hoon Thien How/Ong Soon Hock.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: